Pagar rosak punca pangsapuri diceroboh

Pagar rosak punca pangsapuri diceroboh

MARAZRA Omar menunjukkan pagar sementara dipasang JMB di Pangsapuri Jaya, Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pagar di Pangsapuri Jaya di sini, yang rosak akibat banjir besar melanda negeri ini pada Disember tahun lalu belum dibaiki dan mencetuskan kebimbangan penduduk apabila berlaku kejadian jenayah.

Malah, sejak dibiarkan, terdapat pelbagai kes jenayah berlaku di kawasan perumahan itu seperti pecah masuk rumah dan curi motosikal.

Wakil penduduk, Marazra Omar berkata, sejak pagar tersebut rosak, sudah lima buah motosikal milik penduduk pangsapuri tersebut dicuri selain aduan mereka yang kehilangan barang berharga akibat rumah dipecah masuk.

“Kes pecah rumah yang terbaru berlaku tiga bulan lalu yang mana beberapa pencuri cuba memasuki sebuah rumah penduduk. Namun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana gagal memecahkan pintu rumah itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Justeru, penduduk di situ menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera membaiki pagar Pangsapuri Jaya yang rosak selepas ditimpa sebatang pokok.

“MBSA sebelum ini memaklumkan bahawa pokok tersebut adalah milik mereka dan mereka berjanji membaiki pagar sebaik sahaja mendapat pampasan daripada syarikat insurans yang diamanahkan.

“Namun sampai sekarang, MBSA tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perkara ini walaupun kali terakhir Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Jaya berjumpa dengan wakil mereka pada Ogos lalu,” luahnya.

Katanya, kini pengurusan JMB terpaksa memasang pagar sementara bagi mengelakkan daripada diceroboh termasuk anjing liar, sehingga dibaiki oleh MBSA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya