Noöra @ Desa ParkCity tawar kediaman serba unik

Noöra @ Desa ParkCity tawar kediaman serba unik

SAIZ rumah turut memainkan peranan dalam keputusan membeli rumah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Jika anda menginginkan ruang kediaman yang serba lengkap di samping menikmati pelbagai kemudahan dan terletak di pusat ibu kota Kuala Lumpur, Noöra @ Desa ParkCity akan semestinya memenuhi cita rasa anda.

Hal ini kerana projek itu bukan sahaja merupakan satu projek pembandaran yang menawarkan konsep minimalis yang elegan dan teratur tetapi ia juga mampu memenuhi cita rasa anak muda yang menginginkan dan memiliki kediaman pertama.

Berpegang pada tagline Living Made Simple, Noöra mengambil kira gaya hidup masyarakat kini yang ingin mendiami rumah yang selesa, dilengkapi dengan keperluan sosial, landskap alam sekitar yang seimbang di samping dapat meningkatkan kualiti hidup.

Justeru, Noöra yang akan dibangunkan oleh ParkCity menerapkan reka bentuk dalaman bertemakan Scandinavia yang kini semakin popular dan mendapat tempat terutamanya dalam kalangan golongan milenium dan muda dewasa yang mengamalkan gaya hidup yang lebih mudah, praktikal, inklusif dan mampan.

Berinspirasikan konsep Scandinavia, Noöra bermaksud ‘cahaya’, pembangunan itu bukan sahaja menampilkan konsep ringkas dan minimalis, namun sejajar nama memfokuskan kepada pencahayaan dan pengudaraan semulajadi di setiap pelosok kediaman demi keselesaan para penghuni sama ada untuk berkerja dan beristirehat.

Sejajar dengan tagline Living Made Simple, Noöra adalah projek yang menghubungkan kediaman dengan pelbagai kemudahan seperti ruang perniagaan yang merangkumi studio kecergasan, kafe dan F&B, kedai serbaneka dan keperluan harian bagi kesenangan penduduk dan masyarakat sekitar.

Pemangkin utama Noöra adalah kemudahan ruang dengan pelbagai fungsi dan fleksibel yang diketengahkan selaras dengan trend masa kini, ruang kerja bersama co-working space, ruang hidup bersama co-living dan ruang bergaul co-mingling menekankan konsep fleksibiliti kepada golongan muda professional dengan menghubungkan antara ruang kediaman peribadi, tempat kerja dan ruang rehat di samping menerapkan gaya hidup dan kerja yang seimbang.

Dengan ciri-ciri ini, Noöra diolah untuk menjadi ruang kediaman bertingkat yang menawarkan gaya hidup seimbang dan holistik dengan merangkumkan ruang kerja dan sosial tambahan di dalam pembangunan itu.

ParkCity bekerjasama dengan firma reka bentuk antarabangsa untuk menyediakan kemasan setiap ruang dan susun atur unit yang dibina memenuhi cita rasa pembeli.

ParkCity bekerjasama dengan Serie Architects yang berpangkalan di London, United Kingdom untuk projek ini, serta firma reka bentuk dan reka bentuk dalaman, PIA Co Ltd Thailand dan UPSTRS_ Singapura. Selain itu, kerjasama antara ParkCity dan Liti Design, yang mempunyai pengalaman khusus lebih 30 tahun dalam reka bentuk Scandinavia bagi meneliti setiap ruang dan susun atur bagi setiap jenis unit dan ruang umum.

Untuk memenuhi perubahan gaya hidup kini, perancangan ruang yang cekap dan mempunyai pelbagai fungsi merupakan ciri utama dan tersendiri dengan reka bentuk Scandinavia yang juga menjadi prinsip penting dalam proses reka bentuk perumahan.

Desa ParkCity terkenal dengan kawasan perbandaran dan komuniti yang terancang, lokasi itu bakal menjadi kawasan perbandaran yang serba lengkap kerana selain mengintegrasikan semua komponen kehidupan bandar, tetapi juga tumpu kepada memupuk hubungan kekeluargaan dan masyarakat.

Berpegang pada tagline Living Made Simple, Noöra mengambil kira gaya hidup masyarakat kini yang ingin mendiami rumah yang selesa.

Noöra menawarkan gaya hidup serba unik, sekali gus menjadi komponen penting di dalam lokasi Desa ParkCity sendiri yang serba lengkap dan mampu menjadi akses berkualiti kepada kemudahan komuniti.

Dengan nilai pembangunan kasar melebihi RM1 bilion, Noöra menawarkan 1,156 unit kediaman dalam dua menara 52 tingkat, termasuk podium sembilan tingkat dengan tiga peringkat komponen ruang perniagaan, di atas tanah seluas 6.63 ekar. Disasarkan untuk penghuni milenium bujang dan keluarga muda, suite kediaman yang ditawarkan adalah berkeluasan dari 520 kaki persegi hingga 1,282 kaki persegi, manakala harganya pula bermula dari RM455,000.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Galeri Jualan di Desa ParkCity atau layari laman web www.noora.com.my.

INFO:

Anugerah Diterima Park City & Desa ParkCity

* FIABCI World Prix d’Excellence Awards

* ULI Asia Pacific Award for Excellence

* The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards

* The Edge Malaysia’s Property Excellence Awards (TEPEA)

* The Edge Malaysia-PEPS Value Creation Excellence Award (kategori kediaman) di TEPEA 2022 menerusi projek South Brooks, iaitu pembangunan kondominium di Desa ParkCity.

UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya