Noor Hisham Abdullah wakil Malaysia dipilih Pengerusi SCHEPPR

Noor Hisham Abdullah wakil Malaysia dipilih Pengerusi SCHEPPR

NOOR Hisham Abdullah ketika mesyuarat Mesyarat pertama semalam SCHEPPR diadakan secara maya dengan Malaysia dilantik sebagai Pengerusi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesediaan dan Tindakan Kecemasan (SCHEPPR) yang diwakili Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Malaysia adalah salah satu Ahli Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang dilantik ke SCHEPPR bersama Jepun untuk mewakili Wilayah Pasifik Barat.

Ahli EB lain yang mewakili wilayah masing-masing dalam SCHEPPR ialah Botswana dan Rwanda (Afrika); Kanada dan Paraguay (Amerika); Maghribi dan Yaman (Timur Mediterranean); Denmark dan Perancis (Eropah); dan India dan Timor-Leste (Asia Tenggara).

Mesyarat pertama SCHEPPR diadakan secara maya semalam dengan turut mengalu-alukan pelantikan Profesor Jérôme Salomon, Ketua Pengarah Kesihatan Perancis sebagai Naib Pengerusi SCHEPPR.

Dalam satu kenyataan, Noor Hisham berkata, sekiranya Darurat Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa (PHEIC) ditentukan menurut Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005), SCHEPPR hendaklah mempertimbangkan maklumat yang diberikan oleh Ketua Pengarah WHO mengenai peristiwa yang ditentukan untuk membentuk PHEIC.

Ia juga sebagai maklumat dan keperluan yang dinyatakan oleh negara anggota di wilayahnya sesuatu peristiwa berlaku dan mengikut kesesuaian, memberikan bimbingan kepada Lembaga Eksekutif WHO.

“SCHEPPR memberi nasihat kepada Ketua Pengarah WHO, melalui Lembaga Eksekutif, termasuk melalui sesi khas seperti yang diperlukan, mengenai perkara berkaitan pencegahan kecemasan kesihatan, kesediaan dan tindak balas, dan kapasiti segera Program Kecemasan WHO,” katanya hari ini.

Menurut Noor Hisham, bagi kes di luar yang ditentukan PHEIC, SCHEPPR hendaklah menyemak, memberi panduan dan mengikut kesesuaian, membuat cadangan kepada Lembaga Eksekutif WHO mengenai pengukuhan dan pengawasan Program Kecemasan Kesihatan WHO untuk pencegahan, kesediaan dan tindak balas kecemasan kesihatan yang berkesan.

Katanya, kerja SCHEPPR perlu menjadi pelengkap dan mengelakkan pertindihan dengan proses lain yang berkaitan.

Jawatankuasa Tetap hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menjalankan kerja tetapnya dan boleh memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa bagi menangani perkara-perkara yang mendesak.

“Malaysia menghargai pengiktirafan tinggi yang diberikan oleh ahli-ahli SCHEPPR dan akan memenuhi tanggungjawab kami dalam tempoh pelantikan sebagai Pengerusi, dan sebagai ahli Jawatankuasa Tetap,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya