Nikah? Perancangan ada cuma... - Raysha Rizrose - Utusan Malaysia

Nikah? Perancangan ada cuma… – Raysha Rizrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOLEH dikira sebenarnya berapa kali nama pelakon, Raysha Rizrose menduduki carta kontroversi dunia hiburan. Bukan tidak popular, tetapi dia seperti bijak mengatur langkah.

Baru-baru ini, timbul pula dakwaan kononnya dia bakal mendirikan rumah tangga, tidak lama lagi. 

Apatah lagi, ada beberapa khabar angin tersebar kononnya segala persiapan untuk majlis pernikahannya sudah hampir siap sepenuhnya. 

Betul ke atau Raysha juga sudah pandai main-main gimik? Tetapi, kisah cintanya dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jefri bukan lagi rahsia. 

Sedekad menyulam cinta, adakah 2023 bakal membawa mereka ke jenjang pelamin? Raysha, jawablah!

Perkembangan seni Raysha sekarang? Ada projek baharu drama atau filem? 

Amboi, soalan baik-baik dahulu ya. Simpan yang panas nanti ke? Sekarang, Raysha berehat sebentar untuk penggambaran drama atau filem. 

Bukan apa, Raysha sedang sibuk dengan perniagaan. Ada juga kempen produk dan acara hiburan yang Raysha perlu hadir. Cuma, ada beberapa tawaran yang sedang dipertimbangkan, insya-Allah.

Apa pendapat Raysha apabila ramai pelakon baharu mencuba nasib? 

Adakah itu perkara positif untuk industri seni? Semestinya! Kita perlu meraikan bakat baharu. Siapa yang berbakat, bekerja keras dan berdisiplin akan sentiasa berpeluang untuk mencipta nama dalam industri seni. 

Raysha juga pernah menjadi pelakon baharu dan ketika itu, Raysha dibantu ramai senior. Perjalanan itu tidak mudah, tetapi Raysha percaya kepada bakat dan usaha. Rezeki akan sentiasa ada.

Baru-baru ini, ada yang mendakwa Raysha bakal menamatkan zaman gadis dalam waktu terdekat. Dengar cerita persiapan untuk majlis juga sudah hampir selesai?

Eh, lompat terus! Nikah? Ala, mana ada! Jujurnya, perancangan ke arah itu memang ada, tetapi buat masa sekarang belum lagi.

Adakah Raysha akan memperlahan karier selepas berkahwin kelak? Fokus kepada perancangan keluarga pula? 

Ramai juga yang bertanya soalan ini. Bagi Raysha, tidak. Dunia lakonan sentiasa menjadi minat dan keterujaan Raysha. Tetapi, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menentukan. 

 

Apa pendapat Raysha berhubung dakwaan kononnya apabila seseorang artis itu berkahwin, populairiti merudum? 

Bagi Raysha, kalau kita nak tengok dari aspek itu, memang tidak dinafikan. Ada benarnya. Pastinya tidak akan sama jika seseorang itu bujang atau sudah berkahwin. Tetapi, hidup perlu diteruskan. 

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita sangat berharga. Kita kena menghargai dan menikmati setiap fasa hidup, sama ada masih solo atau sudah berkahwin. Itu lebih penting bagi Raysha. 

 

Raysha jarang dikaitkan dengan kontroversi. Sehingga hari ini, tidak ada cerita sensasi atau kontroversi melibatkan Raysha. Pandai jaga diri atau Raysha memang sangat berhati-hati mengatur langkah? 

Kalau nak cakap berhati-hati sangat pun tidak. Raysha menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma, mungkin Raysha mementingkan privasi dan agak reserved. 

Jadi, Raysha kawal apa yang perlu dikongsi kepada umum. Selebihnya, Raysha juga manusia biasa. Tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya