Neelofa pun kena kecam, apatah lagi saya - Baby Shima - Utusan Malaysia

Neelofa pun kena kecam, apatah lagi saya – Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Baby Shima tidak mahu terlalu mengambil pusing sikap segelintir warganet yang seolah-olah sentiasa menjadikan dirinya sebagai sasaran kecam.

Jelas Baby Shima, dia tidak tahu mengapa setiap perilaku yang dipaparkannya di media sosial, tidak kira baik atau buruk tetap akan menerima kecaman bertalu-talu.

“Mulut orang memang tidak boleh nak tutup. Buatlah apa sahaja, sekalipun kalau saya manja dengan kucing, tetap kena kecam. Bukan saya seorang sahaja kena begitu.

“Neelofa yang bertutup litup pun tetap kena kecam. Zaman sekarang kecaman itu sudah biasa. Tidak kisahlah mahu cakap apa, saya buat tidak tahu sahaja,” kata penyanyi lagu Bang Jamal itu.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli menambah, dia cuma menjadi diri sendiri di media sosial, biarpun segelintir pengguna kurang senang dengan perkongsiannya.

“Saya cuma jadi diri sendiri. Saya menari dan menyanyi seperti biasa. Kalau menghiburkan orang juga satu kesalahan dan terus dikecam, saya tidak boleh ambil kisah.

“Saya buat apa yang menyenangkan saya dan peminat setia. Itu sudah cukup,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya