PUTRAJAYA: Senarai nama timbalan menteri bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 8.15 malam ini.
Pengumuman itu akan dibuat di Pejabat Perdana Menteri, di sini.
Terdahulu, media melaporkan, Anwar dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini, bagi memaklumkan senarai timbalan menteri yang bakal dilantik menyertai pentadbiran kerajaan diterajuinya.
Ia bagi melengkapkan pentadbiran kerajaan selepas pelantikan 28 anggota Kabinet yang mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada 3 Disember lalu.
Mereka yang dilantik dijadualkan mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Yang di-Pertuan Agong esok. – UTUSAN