Monsun Timur Laut: Polis tetap pantau lokasi kemalangan

Monsun Timur Laut: Polis tetap pantau lokasi kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sentiasa melakukan pemantau­an ke atas semua lokasi berisiko kemalangan terutama di laluan dari Jeli ke Gerik dan Gua Musang ke Kuala Krai sepanjang musim Monson Timur Laut (MTL).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Azman Ayob bagaimanapun berkata, pengguna jalan raya diingatkan supaya membuat perancangan awal sebelum memulakan perjalanan sepanjang musim hujan ini.

Menurutnya, pada masa yang sama pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi arahan pegawai pemantau yang berada di laluan yang ditetapkan.

“Suka saya ingatkan supaya pengguna sentiasa peka dengan tanda amaran dan lencongan yang disediakan untuk memudahkan perjalanan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Memandulah secara berhemah dan menjaga keselamatan diri serta pengguna lain sepanjang perjalanan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azman memberitahu, pengguna jalan raya juga perlu terus peka dan berwaspada semasa musim hujan ketika menggunakan laluan-laluan sering dinaiki air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya