Mohd. Shafiq ditamat perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Mohd. Shafiq ditamat perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

MOHD. SHAFIQ ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu surat kepada Mohd. Shafiq yang ditandatangani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali bertarikh 1 Disember lalu.

Surat berkenaan menyebut sedemikian atas perkara Penamatan Demi Kepentingan Awam Di Bawah Peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] Dan Dibersarakan Mengikut Perenggan 10(5)(D) Akta Pencen 1980 [Akta 277].

Surat itu turut memberitahu penamatan Mohd Shafiq sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama Turus 1 (Memangku) demi kepentingan awam di bawah peraturan yang disebutkan di atas.

Mohd. Shafiq dilantik memegang jawatan itu pada 10 Februari lalu menggantikan Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman yang bersara wajib pada 16 Jan 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya