Mohammad Zahir dilantik Speaker DUN Perak - Utusan Malaysia

Mohammad Zahir dilantik Speaker DUN Perak

MOHAMMAD Zahir Abdul Khalid mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker DUN Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas exco, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Dewan Negeri Perak ke-15 di sini hari ini.

Pencalonan Mohamad Zahir, 52, sebagai Speaker dicadangkan oleh Datuk Seri Datuk Saarani Mohamad (BN-Kota Tampan) yang disokong A Sivanesan (PH-Sungkai).

Sebelum ini, pada Mei 2020, Mohammad Zahir dipilih sebagai Speaker DUN Perak menggantikan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

Setiausaha DUN Perak, Muhammad Nazri Abdullah kemudiannya mengisytiharkan Mohammad Zahir sebagai Speaker DUN Perak selepas tidak ada calon lain yang dikemukakan.

Sementara itu, Jenny Choi Tsi Jen (PH-Canning) dipilih sebagai Timbalan Speaker DUN Perak setelah menjadi calon tunggal untuk jawatan tersebut.

Pencalonannya dikemukakan Mohammad Nizar Jamaluddin (PH-Sungai Rapat) dan disokong Salbiah Mohamed (BN-Temengor).

Sementara itu, persidangan DUN hari ini, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah dimulai dengan Saarani yang merupakan ADUN Kota Tampan diikuti semua wakil rakyat kerajaan serta pembangkang di hadapan Mohammad Zahir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya