Minta maaf jika mata, hati anda tersakiti - Janna Nick - Utusan Malaysia

Minta maaf jika mata, hati anda tersakiti – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang mungkin kurang senang terhadap hantaran putus cinta yang dimuat naik di Instagram.

Jelas Janna, dia masih belum matang untuk mengawal perasaan, apatah lagi selepas memberi bayangan dia dan kekasihnya, Dini Schatzmann sudah berpisah.

“Saya minta maaf seandainya hantaran saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang.

“Saya sedar tidak cukup matang dan kuat untuk mengawal situasi begini. Maafkan saya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Janna dalam hantaran sama memuat naik tangkap layar mesej seorang pengikut yang meluahkan rasa kurang senang terhadap perkongsiannya yang mengundang pelbagai persoalan.

“Awak sangat menjengkelkan. Sudah putus tidak payah muat naik macam-macam.

“Qoutes, gambarlah. Itu menunjukkan awak nampak sangat teruk. Hormat sikit bekas kekasih dan hubungan kamu.

“Banyak lagi memori manis, henti fokus terhadap perkara yang teruk,” tulis individu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya