MBAS bersihkan sampah cemari terusan Wan Mat Saman

MBAS bersihkan sampah cemari terusan Wan Mat Saman

KAKITANGAN MBAS melakukan kerja-kerja pembersihan sampah sarap yang dibuang ke dalam Terusan Wan Mat Saman di Alor Setar. – UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membersihkan sampah-sarap yang dibuang ke dalam Terusan Wan Mat Saman, di sini yang dianggap mencemarkan tinggalan sejarah bernilai tinggi itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud berkata, longgokan sampah sarap dikeluarkan dari beberapa lokasi terusan berkenaan yang dianggap kritikal termasuk di Tandop dan Simpang Empat.

“Kita perlu sama-sama pulihara warisan terusan yang bersejarah ini. Jangan kotorkan dan jaga kebersihan serta keunikan selain untuk mencegah penyakit daripada persekitaran yang kotor,” katanya di sini, semalam.

Rabu minggu lalu, akhbar ini melaporkan, terusan buatan manusia berusia 137 tahun itu kini kotor, busuk dan terbiar walaupun ia amat bermakna kepada negeri Jelapang Padi ini.

Keadaan terusan berkenaan yang dibina hasil cetusan idea, Datuk Wan Muhammad Saman Wan Ismail yang juga Men­teri Besar pertama itu dicemari dengan sikap buruk orang ramai yang menjadikannya se­olah-olah tong sampah.

Terusan yang terletak bermula dari Sungai Kedah di pusat bandar raya ini sehingga ke kaki Gunung Jerai itu ketika ini tidak ubah se­perti parit yang airnya mengalir lesu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya