Mayat bekas imam ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Mayat bekas imam ditemukan lemas

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat menemukan mayat Zakaria Mat Nong di Sungai Fikri, Setiu, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang bekas imam yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan kolam udang di Kampung Fikri, semalam ditemukan lemas di Sungai Fikri di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, mayat Zakaria Mat Nong, 72, dari Kampung Beris Tok Ku di sini ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat di sungai tersebut pada pukul 10.54 pagi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan sejauh kira-kira 1.7 kilometer (km) dari lokasi dipercayai terjatuh, semalam.

“Mayat mangsa ditemukan tersangkut di rimbunan pokok nipah di tebing sungai tersebut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi ini.

Afandi memberitahu, mayat bekas imam itu dipercayai hilang ketika menjala ikan di kawasan kolam udang tersebut pada pukul 7 malam semalam.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum itu disertai 60 anggota melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Repa, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu di sini untuk bedah siasat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya