Mat Sabu ikrar keterjaminan makanan negara jadi fokus utama 

Mat Sabu ikrar keterjaminan makanan negara jadi fokus utama 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keterjaminan makanan negara menjadi fokus utama berikutan negara bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih getir di masa hadapan. 

Perkara itu ditegaskan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu hantaran di Facebook selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-15, pagi tadi. 

MOHAMAD SABU

“Tanggungjawab memperbaiki negara kini dipikul bersama demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih baik. Sentimen perkauman perlu dileraikan dan ikatan kasih sayang perlu disuburkan. 

“Negara bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih getir di masa hadapan. Justeru keterjaminan makanan negara menjadi fokus utama negara ketika ini. 

“Ayuh kita bangunkan semula negara Malaysia menjadi negara yang aman dan sejahtera untuk kita diami bersama,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya