Mat Sabu akui berdebar sepentas BN - Utusan Malaysia

Mat Sabu akui berdebar sepentas BN

MOHAMAD Sabu (kiri) hadir pada ceramah umum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di kawasan parkir pasar besar Rompin di Rompin, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui berdebar apabila pertama kali berkongsi pentas dan dikelilingi rakan-rakan dari UMNO serta Barisan Nasional (BN) kerana ia peristiwa baharu buatnya.

Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkongsi momen ketika beliau makan semeja bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan sewaktu Istiadat Angkat Sumpah Perdana Menteri pada 24 November lalu.

“Hari Datuk Seri Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai Perdana Menteri saya makan satu meja dengan Ahmad Zahid dan Mohamad, mereka tanya Bang Mat, kami nak dengar macam mana Bang Mat nak ceramah depan UMNO? 44 tahun Bang Mat hentam kami macam mana nak ceramah ni?

“Saya kata, saya pun tak tahu, where do i begin? Di mana nak bermula?

“Kita dalam politik kita boleh berubah, kawan rakan tapi tidak ubah matlamat dan dasar, ini yang kita pegang sebab itulah bila Datuk Seri Menteri Besar Pahang mengatakan tujuan untuk memerintah ini supaya memberi kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat, itulah yang paling diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah umum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di kawasan parkir pasar besar Rompin di sini malam tadi.

Mohamad berkata, dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini diputuskan beliau hadir ke Tioman dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mintanya mengumumkan dalam pilihan raya DUN Tioman, PH memberi laluan kepada BN.

“Bukan setakat laluan, bahkan seluruh jentera PH akan bekerja untuk memenangkan calon BN bersama-sama sebab kita kena mulakan era baharu politik Malaysia ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya