Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut dilengkapi ruang e-perpustakaan - Utusan Malaysia

Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut dilengkapi ruang e-perpustakaan

AHMAD ZAKIYUDDIN Abdul Rahman (kiri) meninjau Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut di Jalan Air Itam, George Town, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Jalan Air Itam di sini, menjadi masjid pertama di negara ini yang mempunyai ruang khas Perpustakaan Digital (e-perpusatakaan) bagi kemudahan jemaah dan masyarakat sekitar kawasan itu.

Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat (YBR), Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, yayasan berkenaan bersetuju menyediakan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut itu yang menjadi ruang khas e-perpusatkaan.

Ujar beliau, inisiatif itu bertujuan menggalakkan pembacaan dalam platfom digital serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama para jemaah masjid dan penduduk setempat.

”Inisiatif ini merupakan yang pertama dilaksanakan di dalam masjid yang mana sebelum ini YBR memfokuskan usaha ini kepada institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

YBR turut melaksanakan majlis penyerahan SIR Corner di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut semalam yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Menurut Syaiful Rizal, SIR Corner itu merupakan projek baharu tahun 2022 yang menyediakan ruang dilengkapi set komputer, meja dan 50 keahlian e-library.

Katanya, pendekatan itu memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital SIR yang bersesuai dengan komuniti setempat.

”Kami juga berharap komuniti yang hadir ke masjid untuk menunaikan ibadah dapat menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini semasa menunggu waktu solat,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, satu Program Kem Remaja Mumtaz dengan kerjasama Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut turut diadakan yang mana disertai 80 pelajar dalam kariah Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut.

“Selain misi membantu mereka yang kurang bermampuan terutama masyarakat luar bandar dan miskin bandar, Program Kem Remaja ini turut memberi peluang kepada komuniti masjid untuk menjadikan masjid sebagai sebuah hab pendidikan selain ruang untuk beribadah.

”Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi momentum dalam melahirkan masyarakat yang berpendidikan yang menjadi asas kepada kemakmuran negara untuk jangka masa panjang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya