Masing-masing ada pendapat, saya terima sahaja - Shasha Abedul - Utusan Malaysia

Masing-masing ada pendapat, saya terima sahaja – Shasha Abedul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam tahun dalam industri hiburan, pelakon, Shasha Abedul tidak pernah terasa hati dan menganggap kritikan warganet sama ada baik atau buruk sebagai satu bentuk serangan terhadapnya.

Jelasnya, setiap kritikan perlu diambil kira dan sebagai pelakon, dia wajar memperbaiki mutu lakonannya untuk membuktikan bakat serta kemampuannya dalam industri seni.

“Kecaman itu normal. Saya tak kisah jika dikecam atau dikritik. Sebagai manusia biasa, saya ada kekurangan.

“Kalau mereka mahu kecam, cakap bukan-bukan kepada saya, terpulang. Itu hak mereka. Setiap orang ada pandangan. Ada yang minat, ada yang kurang minat.

“Jika ada yang silap, saya betulkan. Mana yang baik, saya akan terus tingkatkan. Saya tahu, masih banyak lagi ilmu yang saya perlu gali dalam dunia lakonan,” katanya.

Shasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Hani yang juga filem pertama lakonannya sepanjang berkecimpung dalam industri.

Bercakap tentang Hani, Shasha yang popular dengan drama bersiri, Projek Anchor teruja apabila diberi peluang memegang watak utama dalam filem seram fantasi itu.

“Gementar sebenarnya. Hani adalah filem pertama lakonan saya. Mungkin ada yang suka, ada tidak. Tetapi, saya gembira dan bersyukur sebab tidak sangka diberi peluang memegang watak utama.

“Hani adalah watak yang cukup berat kerana perlu bermain dengan ekspresi wajah dan emosi untuk menceritakan segala-galanya. Itu cabaran untuk saya,” katanya.

Hani yang diarahkan Fazli Yasin merupakan sebuah filem bergenre seram berkisar kehidupan seorang pelukis komik seram bernama Hani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya