Masalah longgokan sampah selesai dalam masa terdekat - Samsuri - Utusan Malaysia

Masalah longgokan sampah selesai dalam masa terdekat – Samsuri

PENGURUSAN sampah negara perlu dimantapkan bagi mengelak masalah pada masa depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri memberi jaminan masalah longgokan sampah pasca banjir di kawasan dilanda bencana itu akan selesai dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, isu tersebut berlaku disebabkan pusat pelupusan sampah utama di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, dekat sini ditenggelami air, baru-baru ini.

Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat kontraktor berkaitan telah mengambil tindakan dengan meningkatkan tempoh operasi mengangkut sampah berbanding sebelum ini.

“Memang kita sedar masalah longgokan sampah ini menjadi perkara yang kurang menyenangkan terutama kepada penduduk yang terjejas dengan kejadian banjir.

“Saya sendiri meninjau keadaan di seluruh negeri dan perkara itu berpunca tempat pembuangan sampah ditenggelami air serta jalan terputus menyebabkan lori-lori sampah tidak dapat masuk,” katanya.

Ahmad Samsuri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Isu longgokan sampah di kawasan dilanda banjir di Terengganu mula merunsingkan penduduk yang kembali ke kediaman masing-masing sejak kelmarin bagi membersihkan rumah.

Selain itu, turut tular di media sosial rungutan mangsa banjir yang terpaksa berhadapan dengan bau busuk selepas longgokan sampah tidak dikutip sejak beberapa hari lalu.

Beliau memberitahu, pihak PBT dan syarikat kontraktor berkaitan telah menggandakan operasi mengutip sampah setelah keadaan cuaca kembali cerah ketika ini.

“Kerajaan negeri mengharapkan masalah longgokan sampah tersebut akan selesai satu atau hari lagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya