Maqis Pulau Pinang rampas 22 kotak ginseng dikirim melalui pos - Utusan Malaysia

Maqis Pulau Pinang rampas 22 kotak ginseng dikirim melalui pos

GINSENG tanpa permit import sah yang dirampas Maqis Pulau Pinang di pejabat pos Simpang Ampat, Nibong Tebal, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Jabatan Pemeriksaan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas ginseng yang dihantar melalui pos dari China hasil kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Rabu lalu.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd. Talib berkata, sebanyak 22 kotak ginseng tanpa permit import sah itu dirampas di pejabat pos Simpang Ampat, dekat sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati bungkusan ginseng seberat 28 kilogram itu adalah milik warganegara tempatan yang dibeli secara dalam talian dari negara China.

“Kesemua ginseng yang dianggarkan bernilai RM3,600 itu dibawa masuk bagi kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, perbuatan mengimport ginseng tanpa permit import Maqis yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tambahnya, individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Justeru, kita akan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara.

“Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya