Mangsa tanah runtuh 92 bukan 94 orang - PDRM

Mangsa tanah runtuh 92 bukan 94 orang – PDRM

ARJUNAIDI Mohamed bercakap pada sidang akhbar mengenai perkembangan terkini operasi SAR yang memasuki hari ketujuh di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan FoF, Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Jumlah sebenar mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm (FoF) di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Jumaat lalu adalah seramai 92 orang dan bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah berkenaan dibuat berdasarkan semakan teliti beserta laporan polis yang diterima daripada ahli keluarga mangsa sebelum ini.

“Jadi selepas kita membuat beberapa kali semakan dengan maklumat laporan polis yang kita terima termasuk dari ahli keluarga dan sebagainya, jumlah rasmi adalah seramai 92 orang.

“Berdasarakan jumlah tersebut, yang telah kita jumpa meninggal dunia adalah seramai 30 orang, yang selamat seramai 61 orang dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja lagi,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, petang tadi.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, berlaku kekeliruan jumlah mangsa pada awalnya disebabkan pertindihan pertindihan daftar masuk pelanggan di lokasi perkemahan berkenaan yang memaklumkan terdapat 94 mangsa.

Jelasnya, perkara berkenaan sudah diketahui beberapa hari lalu, namun ia tidak diumumkan bagi memberi laluan kepada pihak polis membuat semakan dengan teliti seperti mana yang dimaklumkan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani semalam.

“Ada daftar yang bertindih, walaupun kita sudah tahu beberapa hari lepas tapi kita tidak mahu tergesa-gesa sebab kita perlu buat semakan, sepertimana dikatakan KPN semalam.

“Kita perlu buat semakan data-data yang ada, termasuk mereka yang sudah dan belum dijumpai,” katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi di mana 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 30 lagi disahkan terkorban setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN