Mangsa banjir Kelantan terus bertambah

Mangsa banjir Kelantan terus bertambah

KEADAAN banjir di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan tak ‘celik’ mata atau lebat sejak malam tadi menyebabkan jumlah mangsa terus meningkatkan apabila 600 mangsa banjir berada di tempat pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang setakat ini.

Menurut aplikasi InfoBencana JKM, setakat pukul 2 petang sebanyak empat buah PPS yang dibuka adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Gual Periok, PPS Putat 7 dan SK Kubang Kual.

PPS SK Tok Deh menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 450 orang, diikuti SK Gua Periok (81), PPS Putat 7 (46) dan SK Kubang Kual (23).

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepas paras bahaya iaitu 9.23 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya