Mangsa banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang mulai menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang mulai menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Rantau Panjang dan Pasir Mas menurun kepada 1,924 berbanding 2,012 orang pagi tadi.

Laman sesawang infobencanajkmv2.jkm.gov.my setakat pukul 3.30 petang melaporkan 606 keluar masih ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS).

PPS Sekolah Kebangsaan Tok Deh, Rantau Panjang masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling tinggi iaitu seramai 712 orang.

Ini diikuti SK Gual Perok (544), SK Kubang Kual (256), PPS Putat 7 (157), Masjid Mukim Padang Licin (57).

Dua PPS di Pasir Mas pula iaitu SK Sri Kiambang menempatkan seramai 164 orang mangsa sementara SK Kedai Tanjong 34 mangsa.

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah mulai surut dan berada pada paras amaran iaitu 8.41 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya