Mangsa banjir berputih mata tanaman rosak akibat banjir

Mangsa banjir berputih mata tanaman rosak akibat banjir

MOHD. Nor Besar membersihkan kebun cili yang diusahakannya musnah dalam kejadian banjir di Kampung Durian Mentangau, Dungun, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Penduduk di Kampung Durian Mentangau di sini yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman berputih mata setelah tanaman yang diusahakan itu musnah dalam kejadian banjir besar di daerah ini, baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di kampung itu mendapati banjir yang belum surut sepenuhnya itu menenggelamkan tanaman seperti cili, padi, pisang dan kelapa sawit serta peralatan kebun.

Pengusaha tanaman cili fertigasi, Mohd. Nor Besar, 40, berkata, dia buntu selepas kira-kira 2,000 pokok cili yang telah berbuah dan hanya menunggu masa untuk dipetik mengalami kerosakan selepas kebunnya dilimpahi air Sungai Dungun pada Selasa lalu

“Saya terkedu, tak tahu nak cakap apa. Saya anggap ini ujian daripada Allah. Tanaman cili yang saya usaha rosak selepas ditenggelami banjir sedalam lebih tiga meter.

“Saya terpaksa bersihkan dahulu kebun ini sebelum buat penanaman semula. Namun, untuk tanam semula, memang perlukan modal yang besar. Memang agak berat sikit sebab duit simpanan pun tak terlalu banyak,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mohd. Nor berkata, banjir tersebut merupakan bencana terburuk sepanjang dia mengusahakan tanaman cili sejak 15 tahun lalu. Seorang lagi penduduk, Zaidi Ahmad, 55, berkata, dia yang baru sahaja mahu mengusahakan tanaman padi kerugian ratusan ribu ringgit selepas jentera berat dan mesin membajak ditenggelami air. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya