Malaysia dapat pengiktirafan dunia, BIA berpotensi buat pelaburan

Malaysia dapat pengiktirafan dunia, BIA berpotensi buat pelaburan

"IMEJ negara tidak tercalar selepas kerajaan baharu mengambil alih malah negara kini telah mendapat nama baik." - Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat riuh menepuk meja selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, imej negara tidak tercalar selepas kerajaan baharu mengambil alih malah negara kini telah mendapat nama baik.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dalam sejarah, Malaysia mendapat pengiktirafan dari pelbagai negara seperti mana yang beliau terima semenjak diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Semalam, siapa yang berkata media antarabangsa menulis imej negatif kepada kita, sebenarnya tidak betul kerana perubahan kerajaan hari ini memberikan imej yang sangat baik kerana belum pernah dalam sejarah yang saya semak sejak merdeka, 1957 sehingga kini, dalam masa singkat kita dapat pengiktirafan oleh dunia seperti Arab, Amerika Syarikat (AS), China, Eropah, India dan Asia.

“Insya-Allah saya akan manfaatkan untuk memastikan mereka datang untuk melabur. Tuanku Sultan Brunei Darulsalam juga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini ketika melawat Malaysia.

“Saya bukan kata ini soal silaturahim tapi memberikan ruang supaya Brunei Investment Agency (BIA) yang sekarang tidak langsung melabur di sini tetapi banyak di Eropah, AS dan Singapura, memberi perakuan ada potensi BIA dibawa ke Malaysia,” katanya.

Semalam, ketika perbahasan, Hamzah meminta Anwar menyaman media Eropah, yang telah menerbitkan artikel mengenai pelantikannya sebagai Perdana Menteri dengan menggelarnya sebagai ‘homoseksual sepenuhnya’ (full-blown homosexual).

Katanya, kenyataan tersebut mencalarkan imej negara dan membawa malu kepada nama Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya