Majlis Pemulihan Negara dibatalkan - PM

Majlis Pemulihan Negara dibatalkan – Anwar

anwar
ANWAR Ibrahim ketika sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah dibatalkan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana terdapat pertindihan fungsi dan jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Anwar turut memberitahu, kedudukan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) juga akan diteliti untuk turut dibubarkan kerana ada banyak badan-badan seumpamanya yang menyebabkan berlakunya pertindihan bidang kuasa.

Katanya, jika bidang tugas boleh dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Agensi seumpamanya akan dikurangkan kerana pertindihan tugas boleh mengakibatkan kos tinggi.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Malah tugas Perdana Menteri juga banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertangungjawab kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Tapi mana yang boleh digabungkan, maka akan digabungkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya