Lokasi perkelahan Jeram Mengaji musnah akibat kepala air - Utusan Malaysia

Lokasi perkelahan Jeram Mengaji musnah akibat kepala air

SEBAHAGIAN kemudahan yang musnah akibat fenomena kelapa air di Jeram Mengaji Agro Resort di Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Fenomena kepala air yang melanda Jeram Mengaji yang terkenal dengan jolokan Kundasang Kelantan kelmarin menyebabkan kebanyakan kawasan pusat peranginan itu musnah.

Pengarah Yayasan Tok Kenali (YTK), Zulqarnain Hassan berkata, infrastruktur di kawasan itu termasuk tempat berkelah, bangku dan pondok yang dibangunkan Jeram Mengaji Agro Resort dihanyutkan arus deras dalam kejadian tersebut.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku kerana pada hari kejadian tiada pengunjung yang beriadah dan menginap di resort berkenaan.

“Saya tidak pasti masa kejadian kepala air itu berlaku, namun kesannya menyebabkan lokasi perkhemahan dan medan niaga penduduk setempat musnah. Bangunan resort selamat dan tidak mengalami kerosakan.

“Kami sudah mengeluarkan notis bahawa Jeram Mengaji Resort ditutup sepenuhnya sepanjang bulan Disember. Resort ini akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja membaik pulih dan membangunkan semula kawasan perkelahan selesai dijalankan,” katanya ketika Utusan Malaysia di sini semalam.

Zulqarnain memberitahu, jumlah kerugian masih belum ditafsirkan setakat ini, namun ia turut melibatkan jalan berturap yang dibina untuk masuk ke resort.

Katanya, ia merupakan kejadian pertama yang berlaku sejak Jeram Mengaji yang dijadikan lokasi peranginan di negeri ini pada 2005.

“Pihak berkuasa termasuk polis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail turut meninjau kemusnahan yang berlaku petang semalam (kelmarin)

“Syukur fenomena alam yang berlaku itu tidak melibatkan nyawa orang awam,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya