Lelaki ditemukan lemas di bawah jambatan - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan lemas di bawah jambatan

ANGGOTA bomba mengusung mayat Muhammad Haikal Muktar yang ditemukan lemas di bawah jambatan Sungai Berang dekat Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki ditemukan lemas setelah dipercayai terjatuh di bawah jambatan Sungai Berang dekat Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Haikal Muktar, 20, yang dipercayai penghidap sawan dijumpai tersangkut pada akar pokok beberapa meter dari kawasan tangga ke sungai oleh orang awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kuala Berang, Hanafi Mohd. berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.32 tengah hari dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, didapati seorang lelaki tersangkut pada akar pokok di kawasan berkenaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari sungai dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, maklumat awal mangsa dipercayai terjatuh ketika membasuh kaki di tangga di bawah jambatan di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya