Lelaki cetus provokasi kerana tidak puas hati disaman 

Lelaki cetus provokasi kerana tidak puas hati disaman 

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas membuat provokasi dan menghalang tugas polis kerana tidak berpuas hati disaman dalam kejadian di Jalan 16/11, Damansara, kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek yang merupakan lelaki tempatan disaman selepas dia ditahan di sekatan jalan raya di sini kerana memandu sambil menggunakan alat telekomunikasi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, selepas disaman, suspek telah melakukan provokasi dengan mempertikaikan kesalahan seperti di dalam saman dan turut merakam video kejadian.

“Anggota polis telah menasihati suspek supaya memberhentikan perbuatan itu dan memberi kerjasama dengan menandatangani surat saman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fakhrudin berkata, suspek bagaimanapun enggan memberikan kerjasama kepada anggota bertugas dan terus membuat provokasi.

“Susulan itu, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 187 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

“Sebuah telefon bimbit jenis iPhone turut dirampas untuk siasatan,” jelasnya.

Kata beliau, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya