Konsultan bebas nilai mendapan di Taman Bukit Tambun Perdana

Konsultan bebas nilai mendapan di Taman Bukit Tambun Perdana

SEBAHAGIAN penduduk Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal, Melaka yang hadir ketika sesi sidang akhbar khas berkenaan isu mendapan tanah kritikal dihadapi mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Konsultan bebas akan dilantik bagi melakukan penilaian terhadap keseluruhan struktur tanah di Jalan Bukit Tambun Perdana 45 dan Jalan Bukit Tambun Perdana 46, Durian Tunggal di sini yang berdepan masalah mendapan kritikal.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, proses itu penting untuk menentukan sama ada pemaju terlibat telah mengikuti semua peraturan dan arahan teknikal ketika proses pembinaan perumahan di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, pembeli paling terjejas yang mana lokasi rumahnya hanya beberapa meter dari runtuhan tembok penahan di lereng bukit juga akan dipindahkan ke penempatan sementara sehingga kerja-kerja baik pulih kerosakan selesai sepenuhnya.

ZAIDI Attan ketika hadir meninjau mendapan tanah di Taman Bukit Tambun Perdana, Durian Tunggal, Melaka.

“Memandangkan saya telah sampai ke tempat ini untuk kali yang ketiga, jadi saya kira satu langkah lain perlu dibuat. Jadi kita melalui agensi terlibat akan melantik satu konsultan bebas untuk melihat keseluruhan struktur tanah bagi tempat ini, dan akan datang dengan cadangan pembetulan dan sebagainya.

“Jadi untuk memberikan ruang kepada pemaju menunjukkan bahawa pemaju yang dilantik oleh kerajaan negeri mengikut peraturan dan arahan-arahan teknikal dilaksanakan dan kita mengesahkan melalui pihak ketiga.

“Yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Lembaga Perumahan Melaka (LPM) serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk selaraskan segala dapatan itu dan kita akan buat keputusan selepas dapatan itu kita perolehi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Ahad lalu, Utusan Malaysia melaporkan, impak tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor amat memberi kesan kepada kira-kira 50 keluarga di Jalan Bukit Tambun Perdana 45 dan Jalan Bukit Tambun Perdana 46.

Hal ini kerana nasib mereka mungkin berakhir sedemikian memandangkan rumah di Taman Bukit Tambun Perdana yang dibeli dan didiami tidak sampai setahun itu mula retak akibat berlaku mendapan tanah kritikal.

Wakil pembeli, Zahari Samsudin, 37, berkata, lebih membimbangkan berikutan musim hujan yang melanda hujung tahun ini, tembok penahan dibina pemaju bagi tujuan keselamatan di lereng bukit juga runtuh bulan lalu, yang mana ia hanya beberapa meter dari rumah penduduk.

Katanya, apa yang lebih dikesalkan aduan dibuat kepada pemaju tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana kerja-kerja membaik pulih dilakukan kontraktor bertanggungjawab hanya seperti ‘melepaskan batuk di tangga’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya