Klinik Desa Batu 8 Tanjung Tualang ditutup selepas 25 tahun - Utusan Malaysia

Klinik Desa Batu 8 Tanjung Tualang ditutup selepas 25 tahun

A. SIVANESAN pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Operasi dan perkhidmatan Klinik Desa Batu 8 di Tanjung Tualang di Kampar ditutup sepenuhnya mulai 1 Januari depan selepas 25 tahun beroperasi.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A. Sivanesan berkata, perkhidmatan klinik itu bagaimanapun dipindahkan ke fasiliti kesihatan terdekat iaitu di Klinik Kesihatan Tanjung Tualang.

Katanya, jarak dua fasiliti kesihatan itu adalah sejauh 5.4 kilometer.

“Penutupan Klinik Desa Batu 8 itu dibuat susulan permohonan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak kepada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan beberapa justifikasi termasuk purata kedatangan pesakit yang rendah iaitu antara tiga ke empat orang sehari selain liputan populasi yang rendah.

“Selain itu, perkhidmatan di klinik desa itu akan dipindahkan ke Klinik Kesihatan Tanjung Tualang yang mempunyai pakar perubatan keluarga secara berkala yang dapat memberikan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada penduduk,” katanya dalam sidang akhbar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurutnya, bangunan Klinik Desa Batu 8 sedia ada akan digunakan bagi tujuan penempatan perkhidmatan Pasukan Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Tanjung Tualang memandangkan lokasi klinik desa itu berhampiran dengan sekolah yang dilawati.

Katanya, pemohonan klinik desa itu telah mendapat persetujuan daripada ketua masyarakat dan penduduk setempat malah ia juga telah dipersetujui Ketua Setiausaha KKM dan Menteri Kesihatan.

“Saya akan turun padang selepas 1 Januari depan untuk lihat kedaan di Klinik Kesihatan Tanjung Tualang. Saya juga akan buat lawatan mengejut di beberapa klinik desa untuk lihat sendiri keadaan di sana, mereka mempunyai perkhidmatan terhad.

“Kita tidak akan tutup (klinik desa) dengan notis satu hari, sebaliknya kita akan buat kajian. Jika perlu barulah kita tutup, itu pun adalah pilihan terakhir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya