Khairy mahu Kertas Putih Kesihatan diteruskan

Khairy mahu Kertas Putih Kesihatan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kertas Putih Kesihatan perlu diteruskan dan dibentangkan semula di Parlimen kerana ia penting untuk reformasi sistem kesihatan negara pada masa hadapan.

Itu harapan diberikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan juga amanatnya kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Khairy berkata, beliau menjelaskan bahawa kertas putih itu bukan miliknya sebaliknya hasil kerja semua pakar kesihatan yang dikumpulkan daripada sesi perbincangan dan libat urus.

Menurutnya, apa yang penting, kertas putih ini perlu dibentang di Dewan Rakyat dan dibahaskan untuk mendapat persetujuan dari wakil rakyat barulah ia diterima dan diluluskan.

“Jadi proses itu bukan dibuat oleh bekas menteri kesihatan tapi proses yang dibuat oleh semua warga Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kertas putih ini penting dan jika kita tidak buat perubahan dalam sistem kesihatan awam kita, maka kita tidak akan ada sumber mencukupi untuk menampung beban penyakit untuk tahun-tahun akan datang.

“Saya telah memaklumkan kepada Dr. Zaliha bahawa apa sahaja yang saya boleh bantu, saya akan bantu (merealisasikan Kertas Putih Kesihatan),” katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas antara Menteri Kesihatan yang baharu sambil disaksikan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, Khairy berkata, beliau juga berharap RUU itu dapat terus dibentangkan di Parlimen.

Katanya, RUU itu telah melalui proses pindaan dan ia kini di peringkat jawatankuasa pilihan khas.

“Pindaan tersebut mencerminkan semua pandangan dari setiap parti dan saya harap ia dapat dibentangkan semula.

“Tapi biasalah, bila dibentangkan dalam Dewan Rakyat yang baharu ini, ia mesti melalui satu lagi pusingan perbincangan libat urus dan saya rasa ia tiada masalah untuk dibentang dan diluluskan,” katanya.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) dan hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Jan 2007.

Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau ‘vape’ kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2017. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya