PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau mendapat sokongan dua pertiga ahli-ahli Parlimen dalam sidang khas Parlimen pada Isnin ini.
Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen yang diberikan ketua-ketua parti seperti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kata beliau, ini termasuk sokongan daripada parti-parti lain dan kesemua mereka diyakini dapat meneruskan kebersamaan dengan baik.
“Saya minta saudari (wartawan) doakan sebaiknya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di sini hari ini. – UTUSAN