Keselamatan rumah mangsa banjir diurus PDRM

Keselamatan rumah mangsa banjir diurus PDRM

SAIFUDDIN Nasution Ismail ketika penyerahan misi bantuan banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keselamatan harta benda dan rumah mangsa banjir susulan mereka perlu ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS). 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keselamatan harta benda sudah menjadi tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai slogan ‘Sedia Berkhidmat’. 

Beliau berkata, sepanjang tempoh bencana ini, pastinya keutamaan keselamatan nyawa dan dalam masa sama, PDRM sudah dimaklumkan mengenai keberadaan mereka bagi memastikan keselamatan rumah mangsa banjir. 

“Bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri ataupun mengelamai kerosakan, urusan penggantian akan dipermudahkan. 

“Apabila bencana banjir sudah semakin reda dan pulih, dokumen yang memerlukan penggantian akan dilakukan segera,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegusaran mangsa banjir mengenai keselamatan rumah dan harta benda mereka yang mungkin diceroboh serta dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan mengenai misi bantuan banjir, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya bersama Yayasan Foodbank Malaysia menyediakan 1,000 kotak bantuan makanan yang akan dihantar melalui rombongan misi ke Machang dan Tanah Merah di Kelantan.

“Bantuan ini adalah projek permulaan sebelum dikembangkan ke seluruh kawasan yang memerlukan. 

“Buat masa ini, bantuan akan dihantar ke dua PPS iaitu di Sekoloah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Machang,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya