Kesedar pacu ekonomi digital PKS luar bandar

Kesedar pacu ekonomi digital PKS luar bandar

DR. SHAHRIR Mohammad Zakey (dua kiri) menyampaikan bantuan tablet kepada salah seorang peserta Program Sokongan Perniagaan Kesedar di Gua Musang, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memacu ekonomi digital masyarakat luar bandar apabila mengagihkan bantuan tablet kepada 120 peserta menerusi Program Sokongan Perniagaan (PSP) dalam membantu perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang diusahakan mereka menjana pendapatan menerusi perdagangan elektronik atau e-dagang.

Pengurus Besarnya, Dr. Shahrir Mohammad Zakey berkata, usaha itu adalah satu inisiatif agensi berkenaan memudahkan peserta menjalankan perniagaan sekali gus mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian.

Jelas beliau, ini juga bagi meningkatkan sumber pendapatan sehingga 30 peratus dan seterusnya mengubah taraf kehidupan golongan sasar terbabit.

Menurutnya, Kesedar berharap program itu berjaya memberi suntikan dan dorongan kepada komuniti luar bandar untuk terus maju menjana pendapatan serta membantu membangunkan ekonomi di kawasan itu.

“PSP adalah program bantuan peniaga yang terdiri daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk pembuatan dan perkhidmatan di kawasan ini meliputi penyediaan latihan dan kursus yang bersesuaian sebagai platform kepada peniaga mengembangkan perniagaan.

“Penggunaan tablet juga dilihat mampu memperluas dan menggalakkan pasaran produk perniagaan secara dalam talian sekali gus meningkatkan rangkaian perniagaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Tablet kepada 120 penerima di Dewan Dato’ Ariffin Said, di sini semalam.

Sementara itu, seorang penerima, Nor Raihan Mohd Razak, 30, dari Taman Damar di sini berkata, dia mula mengusahakan gerai makanan dan minuman sejak tiga tahun lalu.

“Saya membuat permohonan tablet ini awal tahun dan tidak menyangka dipilih sebagai penerima. Kemudahan ini digunakan untuk mempromosikan produk-produk jualan yang ada di gerai saya. Terima kasih kepada Kesedar di atas bantuan ini kerana saya tidak mampu untuk membelinya sendiri,” jelasnya.

Bagi peniaga nasi kukus, Mohamad Hafiz Mohd Nasir, 35, pula, bantuan tablet itu akan digunakan untuk merancakkan lagi jualannya secara dalam talian dengan lebih sistematik.

Katanya, dia berterima kasih kepada Kesedar kerana membantu dalam mendapatkan alat digital tersebut untuk mempromosikan perniagaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya