Kastam Terengganu catat kutipan cukai RM5.6 juta tahun ini - Utusan Malaysia

Kastam Terengganu catat kutipan cukai RM5.6 juta tahun ini

AHMAD Maslan (dua, kanan) melihat sebahagian barangan yang dirampas di Pejabat Kastam Daerah Kemaman, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mencatatkan kutipan cukai lebih RM5.6 juta pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kutipan tersebut melibatkan 167 kes dengan lebih RM3.4 juta nilai rampasan.

“Kutipan cukai tertinggi dicatatkan menerusi kes rampasan rokok iaitu sebanyak RM 4.9 juta, melibatkan 133 kes dengan kuantiti sebanyak 7,290,620 batang dan nilai rampasan RM918,951.07.

“Kutipan kedua cukai tertinggi adalah menerusi rampasan kenderaan iaitu sebanyak RM706,359 cukai dicatatkan dengan melibatkan 12 kes dan RM596,000 nilai rampasan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Pejabat Kastam Daerah Kemaman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah JKDM Terengganu, Mohd. Nadzri Ariffin.

Ahmad berkata, kes rampasan mercun dan bunga api turut menyumbang kutipan cukai sebanyak RM14,371.94 dengan kuantiti rampasan sebanyak 470.38 kilogram dan nilai rampasan pula RM22,567.60. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya