Kanak-kanak maut, lemas di taman tema air

Kanak-kanak maut, lemas di taman tema air

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak perempuan disahkan maut selepas lemas ketika mandi di taman tema air di sebuah resort di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, mangsa dikatakan lemas ketika bermandi-manda di pinggir kolam berdekatan dengan pulau buatan berkedalaman hampir satu meter.

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mangsa yang berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Alor Gajah.

ARSHAD ABU

“Mangsa datang ke taman tema air itu bersama ibunya yang mengikuti rombongan komuniti terdiri daripada 79 buah keluarga dari Kampung Sungai Tuan Seh, Tanjung Sedili, Johor.

“Ketika melakukan aktiviti, mangsa dikatakan lemas dan petugas taman tema telah melakukan bantuan menyelamat, namun kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Arshad, kolam tersebut merupakan kolam renang berombak dan akan bergelombang selama 10 minit bagi setiap 20 minit.

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya