Kanak-kanak lemas ketika mandi bersama keluarga - Utusan Malaysia

Kanak-kanak lemas ketika mandi bersama keluarga

ANGGOTA bomba dan pasukan penyelamat mengusung Akhar Raif Muhamad untuk mendapat rawatan selepas diselamatkan orang awam di Pantai Chendering, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama keluarga dalam kejadian di Pantai Chendering di sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 5.49 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurut beliau, mangsa, Akhar Raif Muhamad Rafie, 4, diselamatkan orang awam di lokasi terbabit sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan untuk dibawa ke hospital. Namun Akhar Raif disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 6.32 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rozizah turut menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan aktiviti air termasuk di pantai atau sungai ketika musim Monsun Timur Laut.

Tegasnya, sikap cuai dan sambil lewa boleh mengakibatkan kehilangan nyawa selain menyeru orang ramai lebih peka dengan keadaan semasa dan nasihat pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya