Kanak-kanak korban pertama banjir di Terengganu - Utusan Malaysia

Kanak-kanak korban pertama banjir di Terengganu

NUR Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan (kanan) ditemukan lemas oleh penduduk di sebuah parit kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya di Kampung Apal, Jerteh dekat Besut, Terengganu, petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas di Kampung Apal, Jerteh, Besut dekat sini pada pukul 3.40 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, siasatan awal mendapati ketika kejadian kanak-kanak perempuan terbabit, Nur Hilwa Idris Mohd. Haris Zaifan berada di rumah ibu saudaranya.

Beliau berkata, sebelum kejadian mereka sedang bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kemudian menyedari kanak-kanak itu keluar melalui pintu dapur dan dipercayai terjatuh serta dihanyutkan arus.

“Kanak-kanak malang itu kemudian dijumpai dalam keadaan terapung dan tidak bernyawa oleh orang kampung di dalam sebuah parit berhampiran kira-kira 20 meter dari rumah ibu saudaranya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan dan siasatan lanjut,” jelas beliau menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Rohaimi, ketika kejadian kawasan rumah ibu saudara mangsa itu dinaiki air sedalam kira-kira satu meter. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya