Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air - Utusan Malaysia

Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengusung mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey yang ditemukan lemas di tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Kebor Besar, Manir di sini semalam ditemukan lemas pada pukul 11.34 pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, mayat Muhammad Sufi Eijas Mohd. Sobrey dijumpai sejauh kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

“Ketika ditemui oleh pasukan menyelamat, mayat Muhammad Sufi Eijas dalam keadaan terapung dan sempurna sebelum dibawa naik serta diserahkan kepada pihak polis,” katanya
ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 68 anggota termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan penduduk kampung menyertai operasi carilamat sejak petang semalam.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini,” katanya,

Dalam kejadian 4.15 petang semalam, Muhammad Sufi Eijas dipercayai terjatuh ke dalam tali air sedalam enam meter ketika dibawa bersiar-siar bersama dua beradiknya oleh bapanya, Mohd. Sobrey Ramli, 32. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya