JW Marriott, Sheraton beroperasi di Melaka tahun depan

JW Marriott, Sheraton beroperasi di Melaka tahun depan

AB. RAUF Yusoh berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Penggiat Industri Korporat, Perhotelan dan Media di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pembukaan beberapa hotel terkemuka tahun depan dijangka menarik lebih ramai pelancong kelas premium untuk datang bercuti ke Melaka.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, ketika ini Melaka banyak menerima kehadiran pelancong peringkat pertengahan.

Menurut beliau, pengoperasian hotel-hotel terkemuka itu juga dijangka menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan negeri.

“Saya menunggu ketibaan pelancong berkelas premium seperti dari China, Dubai atau negara-negara Arab lain. Kita menerima kehadiran ramai pelancong berskala sederhana dan di peringkat pertengahan, jadi jika (hotel) dapat tarik pelancong berkelas premium, ia akan menjadi satu daya tarikan baharu di Melaka.

“Beberapa syarikat perhotelan lima bintang seperti Hotel JW Marriott dan Sheraton telah bersedia untuk beroperasi dan mungkin akan memulakan perkhidmatan dalam tempoh tiga hingga empat bulan akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra dan Minum Petang Bersama Penggiat Industri Korporat, Perhotelan dan Media Melaka di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin.

Sementara itu, mengulas berkenaan usaha pengiklanan perhotelan secara berkesan, Ab. Rauf menyarankan penggiat industri pelancongan memanfaatkan bot Melaka River Cruise yang dikendalikan PPSPM untuk tujuan tersebut.

Katanya, bot-bot tersebut mempunyai nilai komersial yang tinggi berikutan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong saban tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya