Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan

SEORANG penduduk mengawasi anaknya menaiki perahu di hadapan rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Nibong, Kuala Berang, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 20 orang daripada lima keluarga setakat 10 malam ini berbanding 37 mangsa daripada 10 keluarga pada pukul 9 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan kesemua mereka kini masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu sejak petang semalam.

“Sementara itu, lima keluarga telah dibenarkan pulang hari ini setelah banjir di persekitaran rumah mereka sudah surut sepenuhnya.

“Rumah mangsa yang lain masih dalam pemantauan pihak berkuasa kerana mereka hanya akan dibenarkan pulang setelah keadaan benar-benar selamat,” menurut kenyataan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya