Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

SEORANG wanita meredah air yang melimpahi jalan ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi semasa tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, hari ini. - FOTO/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat 326 mangsa daripada 87 keluarga setakat 3 petang ini berbanding 222 mangsa daripada 54 keluarga, semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, terdapat tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi ketika ini di tiga daerah.

Menurutnya, mangsa paling ramai ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, Kuala Nerus iaitu 124 mangsa daripada 32 keluarga diikuti SK Bukit Nanas (72 mangsa, 17 keluarga).

“Di Kuala Terengganu, dua PPS yang dibuka ialah SK Atas Tol, (59 mangsa, 19 keluarga) dan SK Chendering (34 mangsa, 10 keluarga).

“Di Setiu pula, terdapat tiga PPS iaitu SK Kampung Seri Kasar (16 mangsa dari empat keluarga), Balairaya Kampung Bukit Mak Som (14 mangsa, dua keluarga) dan Balai Raya Kampung Bukit Nenas (tujuh orang dari tiga keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pasukan penyelamat akan mengadakan pemantauan dengan lebih kerap di beberapa kawasan pantai bagi mencegah orang ramai melihat fenomena air pasang malam ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya