Johor usaha jadikan pengangkutan awam pilihan utama

Johor usaha jadikan pengangkutan awam pilihan utama

Mohamad Fazli Salleh menjawab soalan Chiong Sen Sern (PH-Bukit Batu) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri akan  berusaha memastikan pengangkutan awam menjadi pilihan utama di negeri ini dengan adanya projek mega serta pelan perancangan pengangkutan awam yang dirancang menjelang 2045. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Salleh berkata, Pelan Induk Pengangkutan Johor yang dibuat Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) akan menjadi rujukan utama dalam pembangunan infrastruktur itu di negeri ini.

Pelan induk itu akan memastikan kesalinghubungan, mobiliti dan akses terhadap pelbagai mod pengangkutan awam. 

“Pengangkutan awam di negeri Johor dilihat sedang berkembang dengan pelan perancangan pembangunan pengangkutan awam yang akan  dilaksanakan dalam beberapa tahun mendatang. 

“Selain Program Bas Muafakat Johor yang telah dilaksanakan sejak 2016, program Bus Rapid Transit (BRT), Projek Laluan Rel Berkembar dan Rapid Transit System (RTS) juga dilihat akan mengubah mod pengangkutan di negeri Johor, khususnya di kawasan Iskandar Malaysia. 

“Kerajaan negeri menerusi PAJ akan memastikan projek pengangkutan awam di Johor saling melengkapi,” katanya menjawab soalan Chiong Sen Sern (PH-Bukit Batu) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini. 

Mohamad Fazli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir berkata, Bas Muafakat Johor akan menjadi sistem sokongan utama bagi sistem pengangkutan awam yang akan dibangunkan pada masa akan datang.

Katanya, Bas Muafakat Johor akan menjadi nadi kebolehsampaian penduduk yang berada di luar sistem pengangangkutan tersebut untuk menggunakan  pengangkutan itu.

“PAJ akan menjadi agensi pusat khidmat nasihat dan konsultasi kepada semua agensi dan pihak berkuasa di Johor dalam memantau kualiti perkhidmatan, menguruskan pembangunan dan menangani isu yang berkaitan supaya sektor pengangkutan awam di negeri ini berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya