JETCO main peranan penting tarik pelaburan RM4 bilion ke Johor

Sidang DUN Johor: JETCO main peranan penting tarik pelaburan hampir RM4 bilion ke Johor

LEE TING HAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kewujudan Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura memainkan peranan penting dalam membawa pelaburan langsung asing (FDI) dari republik itu berjumlah RM3.968 bilion hingga Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, pelaburan yang direkodkan itu membuktikan penubuhan JETCO yang mula beroperasi tahun lalu berjaya membawa limpahan ekonomi ke negeri ini.

Selain itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Johor turut membantu kerajaan negeri mencatatkan nilai pelaburan tersebut.

“Menerusi JETCO, sebanyak 15 siri perbincangan dengan pelbagai agensi di Singapura telah diadakan dan tiga siri lawatan suai kenal membabitkan ahli perniagaan dari Singapura ke Johor telah dianjurkan.

“Hingga Jun ini, sebanyak RM6.668 bilion jumlah pelaburan dalam sektor pembuatan telah direkodkan, RM3.968 bilion daripadanya adalah pelaburan dari Singapura yang kebanyakannya dalam sektor elektrik dan elektronik, dan peralatan perubatan (medical device).

“Saya percaya ini adalah antara kejayaan JETCO dan tahun depan, kerajaan negeri akan giat lagi menarik pelaburan dari luar termasuk Singapura,” katanya menjawab soalan tambahan R. Vidyananthan (BN-Kahang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Ting Han berkata, JETCO juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menarik lebih banyak pelaburan dan kerjasama menerusi usahasama pintar dengan agensi yang berkaitan dari Singapura.

“JETCO juga telah menyertai tiga ekspo berkaitan perdagangan dan pelancongan di Singapura.

“Semua usaha yang telah dilaksanakan ini dilihat dapat memberi impak yang amat positif dan memberangsangkan kepada Johor,” katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut bertanyakan apakah inisiatif yang bakal dilaksanakan JETCO di republik itu dalam melipatgandakan peluang kerjasama Johor-Singapura dalam bidang pembangunan mampan (sustainable development). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya