Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad ini - Utusan Malaysia

Jambatan Pulau Pinang ditutup sementara Ahad ini

Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang pada Ahad ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara sempena acara Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang, Ahad ini.

Menurut kenyataan PLUS, jambatan itu akan ditutup mulai pukul 12 tengah malam sehingga pukul 10 pagi.

”Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian tersebut.

”PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang yang merupakan acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung, membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Kategori perlumbaan termasuk Marathon Penuh (42km), Marathon Separuh (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior), dengan kapasiti maksimum dihadkan kepada 25,000 pelari.

Tambah kenyataan itu, PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya.

“Pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya