Jalan Batang Kali-Genting bakal dibuka untuk kenderaan ringan - Utusan Malaysia

Jalan Batang Kali-Genting bakal dibuka untuk kenderaan ringan

Batang Kali
ABATAN Mineral dan Geosainsi memantau 104 cerun di seluruh negara yang dikenal pasti sangat kritikal untuk berlaku tanah runtuh dan aliran puing menjelang musim Monsun Timur Laut November ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bahagian Jalan Batang Kali – Genting yang tidak terjejas dengan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm akan dibesarkan bagi membolehkan laluan itu kembali digunakan kenderaan ringan.

Kerja-kerja tersebut akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Lokman Nasir mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.

Menurut Amirudin, pembesaran jalan tersebut akan dibuat secepat mungkin dan diberitahu sekiranya pembinaannya selesai.

“Pembesaran jalan tersebut akan dibuat sama ada di sebelah kanan atau sebelah kiri dan ia akan dibuat secepat mungkin.

“Hal ini dibuat kerana kita terima banyak permintaan supaya jalan tersebut dibuka kerana ramai yang tinggal di Batang Kali bekerja di Genting Highlands,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE), hari ini.

Terdahulu Jalan Batang Kali-Genting yang bertanda B66 akan ditutup selama setahun bagi kerja-kerja membaiki jalan serta cerun yang akan dilakukan pihak JKR susulan tragedi yang mengorbankan 30 mangsa.

Bagaimanapun, proses pembinaan dan baik pulih itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak terutama mereka yang menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, tiada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada minggu lalu yang tinggal di Selangor setakat ini.

“Ada satu lagi mangsa yang belum ditemui, tapi setakat pengetahuan saya, tiada mangsa kejadian tersebut daripada Selangor.

“Senarai mangsa sudah dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan saya akan menyemaknya semula selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya