Jakim bekerjasama dengan JAIN siasat isu Milah Abraham

Jakim bekerjasama dengan JAIN siasat isu Milah Abraham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bagi menjalankan siasatan dan tindakan berhubung ajaran Millah Abraham.

Jakim dalam kenyataan berkata, ajaran Millah Abraham telah difatwakan sebagai menyeleweng dan bertentangan oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Muzakarah MKI) Kali Ke-109 pada 2016.

“Jakim mengambil maklum berkaitan paparan video tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang meminta Jabatan Agama Islam untuk menyiasat ajaran Millah Abraham.

“Masyarakat Islam dinasihatkan agar menjauhi ajaran Millah Abraham dan dilarang berpegang serta beramal dengannya,” katanya di sini hari ini. 

Tegas Jakim, mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT.

Terdahulu, seorang pelakon membuat pengakuan berani apabila mendedahkan dia merupakan salah seorang pengikut ajaran Millah Abraham.

Malah, pelakon lelaki tersebut meminta orang ramai melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAIN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya