Import telur pastikan bekalan mencukupi - Mohamad Sabu

Import telur pastikan bekalan mencukupi – Mohamad Sabu

telur
Telur ayam masih menjadi masalah di kebanyakan negeri yang didakwa kerap terputus bekalan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengenal pasti beberapa sumber dari luar sebagai menampung keperluan bekalan dalam negara dengan  kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, langkah itu merupakan pelan jangka pendek dan pada masa sama pihak kementerian akan memastikan telur ayam yang diterima selamat daripada penyakit dan menepati  piawaian ditetapkan. 

Katanya, segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan perlu  dipatuhi tanpa kompromi. 

“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha  industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga. 

“Keperluan membawa masuk telur ayam dari sumber luar juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mnegarahkan kementerian berkenaan menyelesaikan isu keberadaan telur di pasaran selain memastika nharga barang keperluan itu adalah rendah.

Keperluan bekalan telur ayam yang merupakan makanan seharian berprotein yang popular di kalangan rakyat  Malaysia dengan kadar penggunaan purata telur ayam sebanyak 968 juta biji sebulan. 

Mohamad berkata, beliau turut meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melihat impak  mengimport telur ayam dari sumber luar kepada industri telur ayam tempatan sedia ada.

Katanya, ini termasuk Agrobank untuk mengemukakan cadangan bagi membantu pembekal dan  pengusaha kecil supaya mereka kekal berdaya saing dalam industri ini. 

“Kementerian sentiasa berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan  telur ayam Negara kembali stabil dengan harga yang kompetitif. 

“Kementerian yakin isu  kekurangan bekalan telur ayam dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan  kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya