Import telur ayam: Penternak bimbang perniagaan terjejas

Import telur ayam: Penternak bimbang perniagaan terjejas

PELABE;AN telur menjadi isu kerana ada pihak didakwa mengambil kesempatan menaikkan gred telur sesuka hati tanpa kebenaran.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan diminta menetapkan kuantiti bekalan telur ayam yang mahu diimport supaya tidak menjejaskan penternak tempatan.

Seorang penternak yang enggan dikenali berkata, mereka kini berada dalam dilema memikirkan nasib mereka berikutan langkah yang diambil Kementerian Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan itu.

Katanya, golongan penternak bagaimanapun masih dalam mood tunggu dan lihat bagi memberi ruang dan peluang kepada kerajaan baharu untuk melihat sama ada tindakan yang dilaksanakan itu membantu atau sebaliknya.

“Kita pun tak tahu nak cakap apa, kalau telur kita mahal dan negara lain lebih murah, maka tidak ada masalah.

“Tetapi, masalahnya adalah telur kita sudah murah, jadi dari mana mahu import telur itu dan dalam masa sama perlu ada jaminan supaya telur sihat dan bersih. Kalau import telur sebab murah, tetapi ada isu, maka siapa yang mahu tanggung?

“Kita harap kerajaan boleh jelaskan sebab kita sendiri tidak tahu berapa bilangan telur ayam (daripada sumber luar) yang akan masuk. Kalau yang masuk itu semua telur untuk kegunaan (masyarakat) kita, maka 100 peratus penternak akan terjejas, tetapi jika masuk 1 juta (telur), maka itu tidaklah terlampau banyak (menjejaskan) penternak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Mengulas lanjut, penternak itu berkata, kerajaan baharu diharap dapat lebih memahami apa masalah sebenar yang berlaku dalam industri itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Menurutnya, ini kerana kekurangan bekalan telur berlaku didakwa disebabkan polisi kerajaan sebelum ini yang menekan penternak sehingga menyukarkan mereka bertahan.

“Dalam dua tahun ini, sudah lebih 20 ladang pengeluar tutup disebabkan harga telur ayam diminta kekal rendah sewaktu kerajaan lama, namun subsidi tidak cukup, jadi ladang-ladang tidak boleh tanggung kerugian, maka terpaksa gulung tikar,” katanya.

Selasa lepas, media mela­porkan, kerajaan bersetuju mengimport bekalan telur ayam dari beberapa sumber luar sebagai pelan jangka pendek untuk menampung keperluan bekalan dalam negara.

Menteri Pertanian dan Ke­terjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, kementerian sudah mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya