Agak lama juga Cik Bunga tak dengar sebarang cerita mengenai penyanyi berasal dari Korea Selatan ini.
Selepas bergelar juara program Big Stage musim kedua sekitar tahun 2019, Hun Byul adalah juga terbabit dengan beberapa buah program televisyen. Cik Bunga sangka, dia sudah boleh membina kerjaya seninya dengan baik di Malaysia.
Itu memang antara hasratnya, kalau tidak silap Cik Bunga. Lagipun, pada sangkaan Cik Bunga, artis dari Korea, tentu sahaja tidak sukar mencari makan di sini memandangkan, orang Malaysia pun memang suka orang artis Korea bukan?
Namun, apa yang sampai ke telinga Cik Bunga macam tak begitu baik. Khabarnya, Hun Byul susah nak dapat tawaran menyanyi atau berlakon di sini. Satu daripada faktor yang boleh dianggap punca kerana program yang disertainya itu pun berlangsung dalam suasana pandemik.
Jadi, tidak banyak ruang untuk dia memperkenalkan diri kepada penggiat industri seni. Tetapi, setahu Cik Bunga, Hun Byul pun ada pengurusan. Tidak mungkin pihak pengurusannya tidak berbuat apa-apa atau merancang strategi menlonjakkan namanya.
Dengarnya, kalau ada program jemputan, ada kala cuma jemputan semata, tidak berbayar. Sekalipun, sekadar token dan bukan bayaran penuh. Jadi, memang susahlah nak buat duit.
Entahlah, Cik Bunga kasihan juga dengan Han Byul. Memang banyak pengorbanan perlu dilakukan kalau betul Hun Byul benar-benar ingin membina kerjaya di sin. Pihak pengurusannya pun kena agresif juga.
Tahu banyak artis yang perlu dipantau dan dikendalikan, tetapi kalau boleh, pastikan tiada yang tercicir.