HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkemahan Fathers’s Organic Farm (FoF) di Jalan Batang Kali-Genting terpaksa dihentikan selepas hujan lebat sekitar pukul 2.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor ketika ditanya pemberita memaklumkan operasi akan dhentikan.
“Ya, saya akan hentikan,” jawabnya ringkas selepas sidang media operasi SAR tanah runtuh FoF di Jalan Batang Kali-Genting Higlands, di sini hari ini.
Terdahulu pasukan SAR berjaya menemukan mayat seorang lelaki dewasa pada jam 11.19 pagi di sektor B selepas operasi hari keenam diteruskan pada pukul 8 pagi tadi.
Jumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi. – UTUSAN